Translate

Sunday 29 July 2012

lelaki tapi macam perempuan

assalamualaikum semua. 
:) :) :)
post kali ni aku mau cerita pasal..err..tajuk kan dah ada kat atas tu..hehe
LELAKI tapi macam PEREMPUAN..
mereka ni ada beberapa jenis jugak sebenarnya
1. lelaki tapi mau jadi perempuan (pondan)
2. lelaki yang memang dari kecil berperwatakan perempuan
3. lelaki yang lembut tapi bukan pondan
4. lelaki tapi konfius jiwanya lelaki ataupun perempuan.
 
jenis pertama ni, kira memang dah nekad laa taknak jadi lelaki tapi sebaliknya. semua pun nak tukar. tukar cara jalan. tukar cara berpakaian. tukar rambut. banyak la ditukar sampaikan ada yang sanggup buat pembedahan tukar jantina dan suntikan nak dapatkan apa yang perempuan ada tapi lelaki takda.
heyy. macam-macam.
aku pernah tertipu sekali.
masa tu aku dekat stesen ktm bangi. aku tengok sorang ni. cantik sangat. rambut dia panjang. bibir dia merah. kulit dia putih. terpegun seketika tengok perempuan orang yang cantik tu.
pastu handphone dia bunyi. dia pun nak jawab laa. terkejut gila aku bila dengar suara dia. Ya ALLAH..lelaki rupanya.
terttt..terus aku tak pandang dah.hehehe


jenis yang kedua ni pulak. aku tak tau nak describe macamana. tak tahu laa samada dia memang suka berperwatakan macam perempuan atau terpengaruh dari kecil lagi. biasa kan dengar. biasanya orang yang macam ni dah memang dididik untuk menjadi seperti perempuan. mungkin parents dia nak sangat anak perempuan. kita tak tahu.

tapi dulu aku ada seorang kawan macam ni. 
adik beradik dia semua perempuan. dia ni anak bongsu. bila dia lahir sampai dia besar dia tinggal dengan kakak-kakak dia ni. so lama-lama dia rasa dia pun nak jadi macam kakak-kakak dia. dia macam terpengaruh laa. bila dia dah besar. dia alami situasi yang keempat. (baca atas ya). dia sendiri dah konfius sebenarnya dia nak jadi lelaki ataupun perempuan.
hmmm..sekarang ni aku rasa dia dah yakin. tapi tak tau laa. :)

okay. masuk jenis yang ketiga. jenis lelaki macam ni banyak dah aku jumpa. dia tak mengaku pondan. tapi lembut. in fact ramai jugak aku kenal golongan yang macam ni. kadang-kadang aku terfikir. kalau mereka ni tak nak jadi perempuan, abis kenapa nak perangai macam perempuan. 
disebabkan aku ni selalu ada perasaan ingin tahu. hohoo. ada sehari tu aku tanya laa ngan kawan aku.
kawan aku ni, dia tersangat laa lembut. kadang-kadang dia suka cerita pasal dia ngan aku. ada sekali dia cerita yang ada lelaki nak amik dia jadi awek. dia tanya pendapat aku. ehh..apsal laa pulak budak ni nak tnya kat aku. ahhaa..aku ni pun takda lelaki nak amik jadi girlfren kau plak ada. hahha..
so aku tanya laa dia." kau suka lelaki tak?? kalau kau suka means kau tu pondan laa".
and dia jawab." eyyhh tak. aku tak pondan. tapi banyak orang fikir aku macam tu".
then aku tanya lagi. "abis macamana ngan lelaki yang suka kat kau tu?".
dia diam.
aku rasa dia pun tak sure ngan diri sendiri.
pastu aku bagi laa nasihat kat dia.
"kalau rasa diri tu lelaki, takkan jatuh hati ngan lelaki. tapi kalau tak sure. make sure pastikan jugak sebelum buat apa-apa"
dia macam risau jak
then 
dia tarik nafas dalam-dalam. and cakap "tak!! aku lelaki. aku takkan jatuh hati ngan lelaki"
aku senyum. 
aku berharap dia akan terus pegang ngan kata-kata dia haritu.
tapi..sayangnya..
sekarang ni dengar-dengar cerita kawan aku tu dah jadi pondan. make-up segala. dressing macam perempuan.
hurrmmm..kesian kat dia.

dan yang terakhir pulak. tau laa kan jenis macamana.kira mereka ni macam ada gangguan pemikiran jugak ni. susah jugak tu sebenarnya. golongan macamni kena ada sokongan. maybe someone yang boleh sedarkan diorang apa yang patut. kalau aku, mesti laa aku akan nasihatkan untuk kekal jadi lelaki sebab mengubah fitrah manusia tu kan berdosa.
aku rasa semua pun tau pasal tu. 
tapi aku pun heran kenapa masih ada lagi lelaki yang suka jadi perempuan.

wallahualam.



ok laa..aku rasa ni ja yang aku nak kongsikan.
cuma aku nak pesan. kalau kamu ada kawan yang macam ni. 
boleh jak kalau kamu nasihatkan mereka sebelum semua golongan- golongan tu berubah ke golongan yang pertama. bahaya tu. mereka ni kena kita selamatkan.
tu jugak dipanggil amar makruf nahi mungkar kan.
mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
:) :) :)

Saturday 28 July 2012

ramadhan

assalamualaikum wbt.:)

lamanya tak sentuh benda blog ni. bukan takda idea, bukan takda masa, tapi belum dapat idea dan masa yang TERBAIK dan SESUAI. hehehe.

COMPLICATED la pulak ayat. 

sebelum tu, rasanya tak terlambat aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam diseluruh dunia. ececece.

bercakap pasal puasa. bercakap pasal bulan Ramadhan. perasan tak cerita kat tv semuanya pasal taubat, pasal insaf, pasal hidayah bagai. tapi bila dah raya. semua jadi lain. dah mula laa masuk dosa balik. tak tau laa kalu kamu semua perasan ataupun tak. tapi itulah yang aku perasan melalui pemerhatian beberapa tahun. 

itulah strateginya kan. so aku boleh cakap yang kita sebernanya dah rugi besar kalau tak kejar pahala di bulan yang mulia ni. tak susah pun. kita tengok cerita kat tv ja pun dah dapat sikit kesedaran. tak tengok ceramah lagi. motivasi semua.

bila kita tengok cerita yang memberi kesedaran macam tu akan buat kita berfikir. 
"aku pun dah banyak dosa"
"aku pun perlu taubat macam dia"
"aku pun dah banyak kali lupa pada pencipta"

bila kita fikir macam tu, seriously sikit sebanyak perasan ingin berubah tu memang ada. tapi kesedaran yang sekejap saja tak berhasil. kita kena banyak muhasabah diri. barulah perasan ingin berubah tu boleh jadi betul-betul. bukan setakat perasaan dah. 

sedikit pesanan atau ayat-ayat yang aku jumpa dalam cerita tv dan ceramah-ceramah agama:
"bulan Ramadhan ni lah hadiah kepada orang yang dah banyak buat dosa"
"orang yang baik bukanlah mereka yang tak pernah buat dosa, tapi mereka yang segera bertaubat apabila mereka melakukan dosa"
"apa-apa kesalahan kita buat, jawab sama tuhan"
"penyelesaian masalah yang terbaik adalah kembali kepada islam"

post ni dicipta hasil nukilan hati sendiri. tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. untuk renungan kita bersama. samada kita hendak mengambil langkah sekarang ataupun tidak. semuanya bergantung dengan diri sendiri.

hohoooho..
panjang lebar pulak aku berceloteh kali ni.
sorry sorry sorry. 
(peace)

rasanya tu ja lah yang ingin aku sampaikan kali ni.
ni luahan perasaan ja tau.

semoga kita mendapat keberkatan dari-NYA di bulan Ramadhan yang mulia ni.
Amiin. 

assalamualaikum
:)