Translate

Saturday 28 July 2012

ramadhan

assalamualaikum wbt.:)

lamanya tak sentuh benda blog ni. bukan takda idea, bukan takda masa, tapi belum dapat idea dan masa yang TERBAIK dan SESUAI. hehehe.

COMPLICATED la pulak ayat. 

sebelum tu, rasanya tak terlambat aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam diseluruh dunia. ececece.

bercakap pasal puasa. bercakap pasal bulan Ramadhan. perasan tak cerita kat tv semuanya pasal taubat, pasal insaf, pasal hidayah bagai. tapi bila dah raya. semua jadi lain. dah mula laa masuk dosa balik. tak tau laa kalu kamu semua perasan ataupun tak. tapi itulah yang aku perasan melalui pemerhatian beberapa tahun. 

itulah strateginya kan. so aku boleh cakap yang kita sebernanya dah rugi besar kalau tak kejar pahala di bulan yang mulia ni. tak susah pun. kita tengok cerita kat tv ja pun dah dapat sikit kesedaran. tak tengok ceramah lagi. motivasi semua.

bila kita tengok cerita yang memberi kesedaran macam tu akan buat kita berfikir. 
"aku pun dah banyak dosa"
"aku pun perlu taubat macam dia"
"aku pun dah banyak kali lupa pada pencipta"

bila kita fikir macam tu, seriously sikit sebanyak perasan ingin berubah tu memang ada. tapi kesedaran yang sekejap saja tak berhasil. kita kena banyak muhasabah diri. barulah perasan ingin berubah tu boleh jadi betul-betul. bukan setakat perasaan dah. 

sedikit pesanan atau ayat-ayat yang aku jumpa dalam cerita tv dan ceramah-ceramah agama:
"bulan Ramadhan ni lah hadiah kepada orang yang dah banyak buat dosa"
"orang yang baik bukanlah mereka yang tak pernah buat dosa, tapi mereka yang segera bertaubat apabila mereka melakukan dosa"
"apa-apa kesalahan kita buat, jawab sama tuhan"
"penyelesaian masalah yang terbaik adalah kembali kepada islam"

post ni dicipta hasil nukilan hati sendiri. tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. untuk renungan kita bersama. samada kita hendak mengambil langkah sekarang ataupun tidak. semuanya bergantung dengan diri sendiri.

hohoooho..
panjang lebar pulak aku berceloteh kali ni.
sorry sorry sorry. 
(peace)

rasanya tu ja lah yang ingin aku sampaikan kali ni.
ni luahan perasaan ja tau.

semoga kita mendapat keberkatan dari-NYA di bulan Ramadhan yang mulia ni.
Amiin. 

assalamualaikum
:)

 

No comments:

Post a Comment