Translate

Thursday 31 January 2013

hello february!! dan Kami suka IKEA

assalamualaikum semua.
senyum
senyum
senyum lagi.
:D

kan cantik kalau senyum. :D


ya macam aku. cantik ja kalau senyum.
hahaa.
*tolonglah muntah*

sekejap ja kan?
dah masuk februari. 

maksudnya tak lama lagi bukak sem!
yeaayyhh..
tak sabar.

okeh. 14 hari lagi nak keluar result
and balik kolej.

Ya ALLAH,
semoga result kami semua bagus .
semoga next sem lagi baik.
semoga kehidupan pun jadi lagi baik.
amiiinnn..
:D

marilah sama2 kita countdown.
hahaha.
siapa yang tak suka cuti dah nak habis tu.
peduli lah kamu.
aku lagi suka cuti sekejap!
ngehehehehe
*agak pentingkan diri disitu*

sorry!! 
:D

btw.
bulan lalu kami ada pegi IKEA.
hehee.
makan meatball yang sedap.
dengan orang2 yang hebat.
:D

first time sebenarnya aku jejak IKEA time tu.
and serius aku suka tempat tu. 
then banyak laa berangan kalau rumah nnti cemana.
hahhaa
yang paling suka berangan 
DHANIA.
suka sangat dia tengok set dapur.
tak sabar katanya nak kahwin.
sabar ya Dhania.
:D

sedikit gambar2 kami.

kan aku cakap. aku dengan orang2 yang hebat. :D

set dapur merah putih yang cantik. :D

ohh. tu lah Dhania. dia bajet2 seksi ovari gitu. hehe.
:D

okeh pie kita dah siap! :D

aku, Dhania yang comel, dan Wafaa yang cantik. :D

huhuuu. thanks to abang Qadri sebab sudi jadi 
photographer kepada gadis2 yang awesome nih.
:D

okay itu ja laa aku nak kongsi kali ni.
Selamat Datang Februari.
:D

assalamualaikum. 
:D



Sunday 20 January 2013

Hidup Kembali


Kehadapan kamu, 
Yang lidahnya bercabang,
Kamu, 
Yang matanya menikam,
Kamu, 
Yang hatinya permata tiruan.
Kamu,
Yang serius macam sialan,


Kenapa kamu berdiam sekarang?
Kenapa kamu berhenti sekarang?

Pernah ku bilang ini cinta GILA.
Tapi hatiku menolak.
Kononnya apa yang bibirku kata,
Adalah kebohongan semata.

Pernah ku teriakkan ini cinta BODOH.
Tapi kenangan menolak.
Sepertinya kenangan manis bersama,
Masih mengikat memori berdua.

Memedihkan.

Jadi kenapa kamu berdiam sekarang?
Kenapa kamu berhenti sekarang?

Kamu fikir, dengan hilangnya kamu.
Aku akan menangis selamanya?
Kamu fikir, dengan berambusnya kamu.
Aku akan terbodoh selamanya?
Kamu fikir, dengan menjauhnya kamu.
Aku akan meraih simpati untuk kembali lagi.? 
Untuk selamanya?

Kalau aku GILA,
Kalau perasaan ini GILA, 
Maka aku boleh cakap,
Kamu lebih GILA dari segala apa yang gila.

Kalau aku BODOH.
Kalau perasaan ini BODOH.
Maka aku boleh cakap,
Kamu lebih BODOH dari segala apa yang bodoh.

Kehadapan Kamu, 
Yang peribadinya..
Sudah ku jelaskan diatas,
Sekarang aku mau kamu tahu.

AKU SUDAH MAMPU TANPA KAMU.

Jadi hilanglah kamu selamanya.
Aku takkan mencari lagi.
Berambuslah kamu selamanya.
Aku takkan menangis lagi.
Menjauhlah kamu selamanya.
Agar aku takkan tersakiti lagi.

AKU SUDAH HIDUP KEMBALI
Dan tak ingin ku siakan.
Untuk hidup dengan si sialan.
Macam kamu lagi. 

:D

p/s : tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. rekaan semata. untuk suka2 saja. so enjoy lah. :D (senyum). salam. 







Friday 18 January 2013

DIA.

assalamualaikum semua.
:D
 yah senyum lagi.
:D
dan lagi.
:D

DIA?
siapa dia?
apa kaitan aku dengan dia?
sehinggakan aku ingin bercerita mengenai dia?

he's a guy.
he's a friend.
he's a trusted friend.
he's my bro.

bila masa pulak aku ada abang?

yaah. well not biological bro.
but technically, 
i'm calling him bro.
my BIG bro.

kalau dia kawan?
kenapa aku harus berBRO sama dia?

memang.
memang dia kawan.
kawan yang boleh aku percaya.
kawan yang aku boleh cerita semua masalah.
kawan aku selesa bila bersama.
kawan yang jadi teman aku bila ku berduka.
kawan yang tahu isi hati yang luka.
kawan yang care semua benda.
sehingga tiada satu pun yang dia lupa.

yang paling best lagi.
dia ada dimasa aku susah dan senang.
aku nangis dia tenangkan.
aku marah dia diamkan.
aku senyum dia lebarkan.

aku lapar dia bawa makan.
aku nak jumpa kawan dia temankan.
aku bosan dia teman aku chatting sampai ke malam.
(sampai pagi sebenarnya)
:D

 semalam aku ada masalah.
aku cerita semua kat dia.
dia pening jugak pikirkan masalah aku.
hahaa.
kesian kat dia.
tapi aku dapat nampak.
he's trying so hard to get my smile back.

aku rasa dah macam adik2 sangat.
well. memang tu pun yang aku nak dari dulu.
jadi adik.
sebab aku anak sulung.
tak pernah rasa jadi adik.
dan.
aku dah dapat abang aku.
aku dah jadi adik.
:D

thanks bro..
if u read this.
i love youuu!!
hahhahaa

aku harap.
selamanya kami akan jadi rapat macam ni.
aku harap.
selamanya kami akan jadi sahabat sejati.
aku harap.
selamanya kami akan jadi like sweet sis and bro.
yaaa.
selamanya.
aku harap.

"Sahabat sejati takkan pernah berubah hati, walaupun musim berubah berganti"



Sekian. :D

Wednesday 16 January 2013

Cinderella Moden

hye assalamualaikum semua.
:D

senyum seperti selalu walau hakikatnya 
pahit seperti hempedu.
:D

Its HOLIDAY time!!!

cakap pasal cuti ramai yang suka kan?
siapa tak suka cuti?

tapi bagi aku cuti itu satu penyiksaan. hehee.
woww. macam teruk sangat ja bunyi nya kan?

Kalau aku cuti kat Tawau, it'll be better.
Kalau aku cuti dan aku kerja, it'll be better.
Kalau aku cuti seminggu ja, it'll be better.

huuu..

listen. listen. listen.

bukan aku tak suka cuti dekat semenanjung ni.
tapi.
Kalau aku boleh keluar lepak ngan kawan2, it'll be better.

malangnyaa..
aku tak boleh buat semua tu. tak boleh keluar.

plus.
aku kena duduk dalam rumah doing nothing.

bosaannnn!!

cuti ni tak productive langsung!!

yeaayyhh..

aku rasa aku dah jadi macam Cinderella.
modern punya.

Cinderella yang tak payah nak buat semua kerja pun.
Cinderella yang cukup makan semua.
Cinderella yang siap boleh online dan update blog bagai.
Cinderella yang boleh bangun tengahari walaupun akan dengar bebelan.
Cinderella yang tak kena dera laa alkisahnya.

satu ja yang sama sebenarnya.
Cinderella ni tak boleh nak keluar rumah.
huhuuu..
bagai katak di bawah tempurung.

Kalau aku dekat Tawau boleh lagi aku keluar and jumpa kawan2.
Kalau aku dekat Tawau boleh lagi aku lepak pantai or mana2 la.
best sangat.

kat sini?
hurrmmmm...
bosan jaaa!!!

kadang2 aku rasa aku ni tak pandai nak bersyukur.
yelaa. aku dapat semua kecuali keluar.
so apalagi Kina?

masalahnya aku memang jenis tak boleh nak duduk rumah ja.
huuuu..
:( :(

haaa..tak pasal2 korang dengar celotehan aku kali ni.
bising ja laa aku ni.
hahaa
 so what?

tu ja laa aku nak cakap.

senyum lagi okay.
:D

assalamualaikum.
:D


Sunday 6 January 2013

Mak berubah!!! Pelik tapi Bahagia.

assalamualaikum.
dan.
selamat pagi semuaaaa..
:D :D :D

pagi-pagi ni kena banyak2 senyum.
awet muda nanti.
hehee. 
:D

dan terima kasih kepada seseorang yang betul2
menceriakan pagi aku hari ni. 

and that person is.
my MOM. 
:D

aku tak tau apa kebaikan aku buat semalam
sampai Tuhan bagi aku kebahagian yang pelik pagi ni.

Seawal pukul 6.30 pagi, wanita yang paling aku sayang itu hantar satu pesanan ringkas.
Niatnya untuk mengejutkan aku untuk subuh. Memang mak tahu waktu Subuh disini. Aku sudah hairan. Baru semalam aku bercerita pada seorang sahabat tentang mak aku. Baru semalam aku teringat mak aku. Dan pagi ni, dia hadir dengan sms nya. Telepati. Aku senyum.

Tapi aku membiarkan sms nya tak berbalas kerana aku berhasrat untuk menghubunginya. Cuma tunggu beberapa minit. Aku capai handphone, aku dail nombor mak. Talian berjaya. Aku mulakan dengan bertanya khabar dan bertanya sedang berbuat apa? Soalan paling common lah tu.
Aku berbual dengan dia. Biasa. Perbualan yang biasa setiap kali. Mak nasihat aku benda yang sama 


1. "belajar bagus2"
2. "jangan aktif teater dulu" (paling aku tak suka) tapi aku selalu mengiyakan saja.
3. "pandai2 lah berkawan"

Setiap perkataannya aku dengar saja. Tidak menjawab. Hanya dengar.
Tapi aku terkejut bila mak tiba-tiba menyoal dengan persoalan yang pelik bagi aku. Bukan mak tak pernah tanya. Tapi kali ni pertanyaan itu lain bunyinya. Seperti dia tidak kisah lagi dengan jawapan yang akan aku bagi.

"Kau ada boyfriend ka suda? Ada yang special?"

nadanya bersahaja dan kedengaran gembira tak seperti selalunya.

Lalu aku menjawab,

"Ndada la. Kenapa ka mak tanya begitu?"

"Alaah, kalau ada cakap jak bah. Bukan mak mau marah pun"

Aku betul2 hairan dengan sikap mak aku pagi ni. Hantu apa pulak yang sampuk mak aku ni?

"Bukan apa jugak kalau ada. Mak nda marah sudah. Sporting bha sudah mama"

Kepelikan masih bertanda tanya di kepala otak ku. Seolah-olah dia minta dijawab dengan jawapan yang sewaras-warasnya.

Aku tak jumpa mak dah masuk bulan ke 6. Dan mak dah berubah. Dia dah boleh terima kalau aku kata aku ada boyfriend. Tapi sayangnya aku betul-betul tidak ada teman istimewa lagi.

"HAHAAA..Siapalah aku ni mak? Manada orang mau"

jawabku bersahaja meski dalam hati aku masih tidak biasa berkata begini dengan mak. Aku masih tak boleh percaya.

"Orang nda tengok dari kecantikan la nak. Orang tengok hati"

Kali ini, aku memang betul-betul percaya mak dah tak kisah aku betul-betul dah punya teman istimewa.
Hairan. Pelik dengan perubahan mak. Aku tidak tau sama ada aku harus bergembira dengan perubahan itu atau tidak.

Tapi yang pasti, aku bahagia sebab aku sudah boleh berbicara dengan lebih terbuka bersama mak.
Mak kata. Kalau ada apa-apa masalah, cerita jangan diam saja. Itu yang aku suka. Aku memang perlukan kawan untuk luah masalah. Tapi aku sedar bukan semua masalah boleh ku luah pada mak. Kalau pun aku ingin bercerita, sudah tentu aku akan tapis dulu intipati ceritaku.

Yang penting, hari ini aku bahagia. 

Terima kasih mak.

I love you.!!!

(senyum senyum senyum)

Ini jiwa aku.


Kalau dulu,
aku disuruh itu,
langkah terus berlagu, 
tanpa ada tanya dungu.

Kalau dulu,
aku bisa bisu,
kerana malas merapu,
dan hormat kata ayatmu.

Kalau dulu, 
aku pijak landasan utuh,
kerana percaya takda yang rapuh,
saat bibirmu kata ini dan itu.

Kalau dulu, 
aku buta disebalik seru,
memang tidak tahu hala tuju,
kerana sistem memandu langkahku.

Tapi sampai bila?
aku harus ditipu,
sampai bila, 
aku akan berbisu,
sampai bila aku mahu kata setuju,
sampai bila,
membentak hati kecilku?

Ini hidup aku, masa depan aku,
kenapa harus ku biar dipandu ikut kehendakmu?

Ini jiwa aku, perasaan aku,
kenapa harus terkorban kenikmatan
dan kurelakan keperitan.

Memang.
Memang kau lebih tau semua bicara guru.
Memang.
Ohh.
Mungkin.
Mungkin kau kira kau lebih hebat.
Kerana usiamu sama angka beratku.
Kerana pengalamanmu sama angka ketinggianku.

Tapi aku hanya ingin kau mengerti,
Aku juga perlu kehidupan.
yang aku bebas tentukan.
Aku perlu kehidupan.
yang aku tahu ada kesesuaian.

Salahkah aku jika aku minat.
sesuatu yang kau tak suka lihat?

Salahkah aku jika aku suka.
sesuatu yang kau tak pernah kasi muka?

Sekali lagi.
Ini jiwa aku.
Perasaan aku.
kenapa harus terkorban kenikmatan
dan kurelakan keperitan.

Aku tak henti berdoa.
Agar suatu hari kau tahu aku meronta.
Dalam jiwa ku hanya ada.
Sesuatu yang kau tak suka.
Dan kau akan mengerti rasa.
Bila kehendakmu aku persenda.

Fahami aku.


nota : jangan biarkan hati kita dipandu oleh hati lain. sebab bila kita sendirian. kita akan tetap tak berteman. hanya sendirian. tidak ada hati lain menanggung penderitaan yang sama kita rasakan. betul kan? 

keep smiling. :D
assalamualaikum. 

Saturday 5 January 2013

siapa sang tangan?

assalamualaikum
dan salam sejahtera
warga pembaca.
sebelum teruskan.
anda diwajibkan untuk.
SENYUM.
(smile)
:)

terima kasih atas kerjasama semua.
sekarang anda layak untuk meneruskan pembacaan.

ceritanya bermula begini.


Seminggu berlalu.
apa yang sang hati buat adalah hanya bersedih.
memaksa mata menangis.
menandah telinga mendengar.
semua kebingitan.
dan sekaligus menyakitkan kepala otak.
dengan pemikiran2 bercampur baur. 

apa yang berlaku sebenarnya?
sang hati cuba melupakan seseorang tapi dia tidak terdaya.
dan sudah tentu perit dia rasakan.
perit untuk semua.

satu hari,
sang mata, telinga, dan otak berpakat.
untuk menemui sang hati.
dalam bentuk satu persidangan.

persidangan bermula. wajah sang hati kelihatan sugul. 
tidak bermaya. 
tapi dia harus juga menghadiri persidangan tersebut.

hujah sang mata:

"kau hati yang bodoh!
pentingkan diri!
disebabkan kau. semua dapat tempiasnya.
lupakan mamat sialan tu. tak susah pun lah.
aku dah penat nak menangisi dia lagi. 
aku penat paksa kilang aku untuk keluarkan air mata
yang kelihatan bodoh untuk lelaki macam tu.
dan semua ni atas kehendak kau.
tolong lupakan dia!"

hujah sang telinga:

"errmmm..ermmm..
sorrylah kalau aku cakap ni.
buat kau lagi sakit.
aku..aku..
aku bukan apa.
aku just dah bosan asyik nak ikut kehendak kau.
cuping aku, gegendang aku 
dah lali nak dengar cercaan orang ni dan orang tu.
aku muak. aku muak nak tadah cuping aku.
dan..dan..
aku tak larat dah nak hadap lagu2 JK yang si Kina pasang ni.
semua pun mesti sebab kau yang minta kan?
urrrmm..urrmm..
dah laa tuu..
Move on okay?
Sorryyy.."

hujah sang otak:

"babe, i faham perasaan you. 
i pun sama ditempat you.
i pun tak boleh lupakan dia.
tetap je dia ada dalam sambungan neuron-nueron i ni.
i nak buang.
and i tried.
tapi selalu gagal.
ia tetap bersambung.
but i dah fikir masak2.
betul kata telinga. 
u mesti move on. 
i nekad nak buang dia terus dalam benak i ni.
no more his name after this.
but it wont works if u're not with me.
you should agree with me okay. 
together we can do it.
move on. :D"

selepas mendengar semua hujah2 tu. hati ingin teriak sekuat2 nya.
betapa dia lemah.
betapa dia ingin berkata tidak dengan usulan rakan2nya.
betapa dia sayang perasaan bodohnya.

kali ini, dia memang menyiksa mata, telinga dan otak sekaligus.
sampai lahh..
sang tangan tiba.
dia terkocoh2. nampak letih.

tangan:

"hati, aku minta maaf banyak2.
mata kata kau pentingkan diri.
telinga suruh kau teruskan hidup.
otak pulak nak paksa kau lupakan mamat tu.
semua macam nak salahkan kau, 
aku kesian dekat kau.
kau jadi mangsa keadaan.
aku minta maaf banyak2.
sebab aku PUNCA semua ni jadi.
yaa. salah aku.
aku tau aku bodoh,
aku tak sepatutnya sambut harapan palsu yang mamat tu bagi dulu.
sekarang kau yang merana. 
aku minta maaf."

tangan sudah teresak2.
semua terdiam.
mata menangis lagi.
telinga juga bersedih.
otak tersentak. 
dan hati .
terbuka.

tangan betul2 rasa bersalah.
patutlah.

bila mata menangis, 
tangan yang kesat airmata tu,
bila telinga diganggu kebingitan, 
tangan yang tutup telinga itu, 
bila otak penat berfikir si dia,
tangan yang picitkan kepala.
dan
bila hati pedih mengenang,
tangan jugak lah yang mengusap dada 
minta diberi kesabaran.

patutlah.
patutlah.
sang tangan masih rasa bersalah.

persidangan tamat.

p/s : wooooo..hahaa..jangan hilang senyum. keep smiling ok. :D


Friday 4 January 2013

Suami Baru.

assalamualaikum semua. 

seperti selalu.
(smile)
jangan biarkan hidup anda diselebungi..
kestressan.
kemeroyanan.
kegeraman.
kesakithatian.
kerenyukan.
kepedihan.
dan berbagai2 lagi "ke-an" yang negatif. :D

senyum.
tak perlu kata apa2.
bila senyum pun.
masalah kurang.
walaupun cuma 1%.
:D

bila ada masalah.
apa yang perlu kita buat ialah.
positif.
yess.
be positive.

dan aku rasa sekarang ni,
bila aku dah jumpa "Suami Baru" aku,
aku dah boleh belajar berpositif.

hahaha.
*tolonglah jealous dengan statement aku tu*

dan aku nak memperkenalkan Suami aku tu pada semua.
jangan risau.
aku tak suka rahsiakan benda baik macam ni.

dia adalah...
....
....
....

PUISI

Hati aku dah diculik oleh sebuah buku Puisi.
dan aku nekad untuk mengahwininya.
dengan kata lain.

I am married with Sang Puisi.
I LOVE YOU! 
I found my soul with it.
I found my strenght with it.
and the best part is.
I found myself through it.

hebat kan? 

"bila aku stress.
aku baca dia.
aku fahami.
dan aku postitif.
maka stress beransur pulih.

bila aku bersendiri.
aku belek dia.
aku dalami.
dan aku positif.
maka kesendirian tidak menemani lagi.

bila aku disakiti.
aku cari dia.
aku selami bait-bait ayatnya.
dan aku positif.
maka kesakitan ku tolak tepi.

bila aku celaru.
aku ratah dia.
aku hayati setiap baris ayat manisnya.
dan aku positif.
maka kecelaruan ku hindari hadirnya.

begitu SWEETNYA suami aku tu.
jangan jealous tau.

dan aku tak marah kalau korang nak share ngan aku,
aku boleh kenalkan.
macam aku dikenalkan kepadanya oleh muchuk aku,
Dhania Hafizah.
my only one muchuk.
:D

sejak dari hari pertama Dhania kenalkan aku pada buku tu.
aku terus jatuh cinta kepada semua yang dipanggil Puisi.

Langit Vanilla by Wani Ardy. 


ni lah :D

percaya cakap aku.
This book is super duper awesome.

dan.
aku juga suka puisi seseorang ni.
maksudnya dalam.
aku kenal puisi dia pun melalui muchuk aku.
korang boleh baca dan dengar puisinya
disini.


hahahaa.
dah kenal kan rupa Suami aku.
ok lah tu.
at least aku ada.
:P

*again aku nasihatkan jangan jealous okay. aku rela berkongsi*

:D

assalamualaikum. 


Wednesday 2 January 2013

pertemuan kali kedua.

assalamualaikum.
(smile)

bosan asyik study. 
bosan jugak asyik twitter and facebook.
so kita blogging lagi.

post ni dedicated to one of my friend yang aku sangat sayang.

nama dia JUJUE. :D

aku ngan jujue kenal masa kitorang masuk PLKN 3 tahun lalu.
mula2 masuk PLKN, aku memang tak tau nak kawan ngan siapa.
bukan sebab aku tak peramah.
bukan sebab aku pemilih kawan,
tapi sebab aku memang lambat sikit nak cari kawan.

satu hari, jujue ni tegur aku.
dia terus cerita pasal dia.
baru dia kenalkan dia siapa and tanya nama aku.
pelik pulak.
dalam hati aku
"dah kenapa orang ni tetiba tegur aku"
cerita pasal tu lah.
cerita pasal ni lah.
tapi lama2.
aku selesa ngan dia. 
sebab dia tak malu nak cerita apa2 pun kat aku.
then kitorang jadi rapat.

jujue si budak sarawak.
kawan pertama aku orang sarawak. dialah.
suka sangat dengar slang melayu sarawak dia.
dia seorang yang tak suka ngan orang yang tak suka ngan dia.
tu yang aku paling salute.
dia jujur ja.
tak suka tak suka lah.
dia takda masa nak jaga hati orang yang tak suka ngan dia.
lantak lah katanya.
maybe dia ada banyak musuh.
tapi aku yakin dia pun ada banyak kawan.
yang baik2.
macam aku.
hahaha
:P

kami kenal tak lama pun. 
aku masuk PLKN sebulan ja. pastu kena balik.
sebab dapat matriks. 
so kitorang terpisah kat situ.
dia bagi aku cincin.
patrick.
dan satu nota suruh jangan lupa dia.
aku masih lagi simpan semua tu.

lama gila tak jumpa dia.
rindu sangat.
dan setelah 2 tahun lebih tak jumpa. 
akhirnya.
27 disember yang lalu.
kitorang jumpa jugak.
time study week tu.
tapi aku tak peduli.
nak jugak jumpa dia.

dan dia dah makin cantik.
seriously.
cantik. :D

walaupun kita jumpa tak lama.
just main bowling and makan.
then balik.
tapi aku rasa kerinduan aku dah terubat.
dengan cerita2 dia.
well dia kan memang suka bercerita.
pasal kenangan lama.
haaahh..
rindunya zaman PLKN.
zaman kegemilangan. :D

sedikit moment2 yang sempat sang kamera tangkap. 



cantik kan dia? 





suka pulak aku buat mulut camtu. hahaa
*time ni jujue dah penat dah rasanya*
*banyak sangat cerita*
hahaa.
:D

pertemuan ni sememangnya buat aku rasa rindu pada semua geng PLKN yang lain.

HOIII..
budak2 PLKN PELANGI HILL RESORT
batch aku!!! 
aku rindu kau semuaaa!!


ni budak2 dorm aku. 
dan aku masih ingat lagi satu2 diorang ni. 
semoga ada kesempatan untuk jumpa satu2. 
:D

tu ja lah aku nak cerita. 
tak best bukan masalah aku.
blog aku.
suka hati aku lah. 
huhu. :P

assalamualaikum. :D







Tuesday 1 January 2013

HAHAHAA..

tik tok tik tok..
detik demi detik..
saat demi saat..
minit demi minit..
jam demi jam..
hari demi hari..
purnama demi purnama..

JAUH

kau semakin JAUH.

JARAK

semakin panjang JARAK memisahkan.

dan aku semakin sunyi.
semakin kehilangan.
semakin merindu.
semakin tersiksa.

KENAPA HARUS ADA PERUBAHAN??

ada sesiapa boleh jelaskan??

ada sesiapa boleh hadapkan aku dengan jawapan??

kenapa perkataan 4 suku kata itu harus terwujud.
harus ada. harus timbul. harus berlaku. harus menyapa.

kenapa ianya harus menampar dan memporak peranda sang hati tak bersalah.

sekarang

kau..semakin berbeza.
semakin tidak sama.
semakin tidak serupa.
semakin hilang wajah.
semakin BERUBAH.

dan yaa..
aku semakin TERSIKSA.

Filem Hindustan. Mohabbatein. Amitha Batchan.
 ingat watak ini?
seorang yang tidak suka akan perubahan katanya.
orang melihat dia seorang yang.
bodoh.
tapi .
bagi aku..
dia betul.
siapa yang suka akan perubahan?

dalam filem pun ada dinyatakan.
apatah lagi dunia realiti ni.

sekarang aku faham.
kenapa orang tidak suka dengan apa yang dikatakan sebagai perubahan.

kerana..
ternyata..
PERUBAHAN..
MENYAKITKAN.

YA.
MENYAKITKAN.
titik!


p/s : wwooooooo....apa ni Kinaa?? sendiri bingung..hahaaa..korang layankan ja laa yaa. dan ohh yaa. SELAMAT TAHUN BARU. dah 2013 laaa weiiii.... :D