Translate

Sunday 6 January 2013

Ini jiwa aku.


Kalau dulu,
aku disuruh itu,
langkah terus berlagu, 
tanpa ada tanya dungu.

Kalau dulu,
aku bisa bisu,
kerana malas merapu,
dan hormat kata ayatmu.

Kalau dulu, 
aku pijak landasan utuh,
kerana percaya takda yang rapuh,
saat bibirmu kata ini dan itu.

Kalau dulu, 
aku buta disebalik seru,
memang tidak tahu hala tuju,
kerana sistem memandu langkahku.

Tapi sampai bila?
aku harus ditipu,
sampai bila, 
aku akan berbisu,
sampai bila aku mahu kata setuju,
sampai bila,
membentak hati kecilku?

Ini hidup aku, masa depan aku,
kenapa harus ku biar dipandu ikut kehendakmu?

Ini jiwa aku, perasaan aku,
kenapa harus terkorban kenikmatan
dan kurelakan keperitan.

Memang.
Memang kau lebih tau semua bicara guru.
Memang.
Ohh.
Mungkin.
Mungkin kau kira kau lebih hebat.
Kerana usiamu sama angka beratku.
Kerana pengalamanmu sama angka ketinggianku.

Tapi aku hanya ingin kau mengerti,
Aku juga perlu kehidupan.
yang aku bebas tentukan.
Aku perlu kehidupan.
yang aku tahu ada kesesuaian.

Salahkah aku jika aku minat.
sesuatu yang kau tak suka lihat?

Salahkah aku jika aku suka.
sesuatu yang kau tak pernah kasi muka?

Sekali lagi.
Ini jiwa aku.
Perasaan aku.
kenapa harus terkorban kenikmatan
dan kurelakan keperitan.

Aku tak henti berdoa.
Agar suatu hari kau tahu aku meronta.
Dalam jiwa ku hanya ada.
Sesuatu yang kau tak suka.
Dan kau akan mengerti rasa.
Bila kehendakmu aku persenda.

Fahami aku.


nota : jangan biarkan hati kita dipandu oleh hati lain. sebab bila kita sendirian. kita akan tetap tak berteman. hanya sendirian. tidak ada hati lain menanggung penderitaan yang sama kita rasakan. betul kan? 

keep smiling. :D
assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment