Translate

Sunday 6 January 2013

Mak berubah!!! Pelik tapi Bahagia.

assalamualaikum.
dan.
selamat pagi semuaaaa..
:D :D :D

pagi-pagi ni kena banyak2 senyum.
awet muda nanti.
hehee. 
:D

dan terima kasih kepada seseorang yang betul2
menceriakan pagi aku hari ni. 

and that person is.
my MOM. 
:D

aku tak tau apa kebaikan aku buat semalam
sampai Tuhan bagi aku kebahagian yang pelik pagi ni.

Seawal pukul 6.30 pagi, wanita yang paling aku sayang itu hantar satu pesanan ringkas.
Niatnya untuk mengejutkan aku untuk subuh. Memang mak tahu waktu Subuh disini. Aku sudah hairan. Baru semalam aku bercerita pada seorang sahabat tentang mak aku. Baru semalam aku teringat mak aku. Dan pagi ni, dia hadir dengan sms nya. Telepati. Aku senyum.

Tapi aku membiarkan sms nya tak berbalas kerana aku berhasrat untuk menghubunginya. Cuma tunggu beberapa minit. Aku capai handphone, aku dail nombor mak. Talian berjaya. Aku mulakan dengan bertanya khabar dan bertanya sedang berbuat apa? Soalan paling common lah tu.
Aku berbual dengan dia. Biasa. Perbualan yang biasa setiap kali. Mak nasihat aku benda yang sama 


1. "belajar bagus2"
2. "jangan aktif teater dulu" (paling aku tak suka) tapi aku selalu mengiyakan saja.
3. "pandai2 lah berkawan"

Setiap perkataannya aku dengar saja. Tidak menjawab. Hanya dengar.
Tapi aku terkejut bila mak tiba-tiba menyoal dengan persoalan yang pelik bagi aku. Bukan mak tak pernah tanya. Tapi kali ni pertanyaan itu lain bunyinya. Seperti dia tidak kisah lagi dengan jawapan yang akan aku bagi.

"Kau ada boyfriend ka suda? Ada yang special?"

nadanya bersahaja dan kedengaran gembira tak seperti selalunya.

Lalu aku menjawab,

"Ndada la. Kenapa ka mak tanya begitu?"

"Alaah, kalau ada cakap jak bah. Bukan mak mau marah pun"

Aku betul2 hairan dengan sikap mak aku pagi ni. Hantu apa pulak yang sampuk mak aku ni?

"Bukan apa jugak kalau ada. Mak nda marah sudah. Sporting bha sudah mama"

Kepelikan masih bertanda tanya di kepala otak ku. Seolah-olah dia minta dijawab dengan jawapan yang sewaras-warasnya.

Aku tak jumpa mak dah masuk bulan ke 6. Dan mak dah berubah. Dia dah boleh terima kalau aku kata aku ada boyfriend. Tapi sayangnya aku betul-betul tidak ada teman istimewa lagi.

"HAHAAA..Siapalah aku ni mak? Manada orang mau"

jawabku bersahaja meski dalam hati aku masih tidak biasa berkata begini dengan mak. Aku masih tak boleh percaya.

"Orang nda tengok dari kecantikan la nak. Orang tengok hati"

Kali ini, aku memang betul-betul percaya mak dah tak kisah aku betul-betul dah punya teman istimewa.
Hairan. Pelik dengan perubahan mak. Aku tidak tau sama ada aku harus bergembira dengan perubahan itu atau tidak.

Tapi yang pasti, aku bahagia sebab aku sudah boleh berbicara dengan lebih terbuka bersama mak.
Mak kata. Kalau ada apa-apa masalah, cerita jangan diam saja. Itu yang aku suka. Aku memang perlukan kawan untuk luah masalah. Tapi aku sedar bukan semua masalah boleh ku luah pada mak. Kalau pun aku ingin bercerita, sudah tentu aku akan tapis dulu intipati ceritaku.

Yang penting, hari ini aku bahagia. 

Terima kasih mak.

I love you.!!!

(senyum senyum senyum)

2 comments:

  1. haaaa. entry ni sangat comel! bahagianya mak cakap gitu :3

    mama kita pun selalu tanya, :bila nak dapat boyfriend baru? asyik teringat yg lama je macam mana nak hidup?." pergh, lagi makan dalam XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaann?? first time sebenarnya mak open camtu. bahagia gilaa. bagusnya mama adibb. hahaa. apalagi dibb. cari yang baru cepat. wehehe. :D

      Delete