Translate

Saturday 5 January 2013

siapa sang tangan?

assalamualaikum
dan salam sejahtera
warga pembaca.
sebelum teruskan.
anda diwajibkan untuk.
SENYUM.
(smile)
:)

terima kasih atas kerjasama semua.
sekarang anda layak untuk meneruskan pembacaan.

ceritanya bermula begini.


Seminggu berlalu.
apa yang sang hati buat adalah hanya bersedih.
memaksa mata menangis.
menandah telinga mendengar.
semua kebingitan.
dan sekaligus menyakitkan kepala otak.
dengan pemikiran2 bercampur baur. 

apa yang berlaku sebenarnya?
sang hati cuba melupakan seseorang tapi dia tidak terdaya.
dan sudah tentu perit dia rasakan.
perit untuk semua.

satu hari,
sang mata, telinga, dan otak berpakat.
untuk menemui sang hati.
dalam bentuk satu persidangan.

persidangan bermula. wajah sang hati kelihatan sugul. 
tidak bermaya. 
tapi dia harus juga menghadiri persidangan tersebut.

hujah sang mata:

"kau hati yang bodoh!
pentingkan diri!
disebabkan kau. semua dapat tempiasnya.
lupakan mamat sialan tu. tak susah pun lah.
aku dah penat nak menangisi dia lagi. 
aku penat paksa kilang aku untuk keluarkan air mata
yang kelihatan bodoh untuk lelaki macam tu.
dan semua ni atas kehendak kau.
tolong lupakan dia!"

hujah sang telinga:

"errmmm..ermmm..
sorrylah kalau aku cakap ni.
buat kau lagi sakit.
aku..aku..
aku bukan apa.
aku just dah bosan asyik nak ikut kehendak kau.
cuping aku, gegendang aku 
dah lali nak dengar cercaan orang ni dan orang tu.
aku muak. aku muak nak tadah cuping aku.
dan..dan..
aku tak larat dah nak hadap lagu2 JK yang si Kina pasang ni.
semua pun mesti sebab kau yang minta kan?
urrrmm..urrmm..
dah laa tuu..
Move on okay?
Sorryyy.."

hujah sang otak:

"babe, i faham perasaan you. 
i pun sama ditempat you.
i pun tak boleh lupakan dia.
tetap je dia ada dalam sambungan neuron-nueron i ni.
i nak buang.
and i tried.
tapi selalu gagal.
ia tetap bersambung.
but i dah fikir masak2.
betul kata telinga. 
u mesti move on. 
i nekad nak buang dia terus dalam benak i ni.
no more his name after this.
but it wont works if u're not with me.
you should agree with me okay. 
together we can do it.
move on. :D"

selepas mendengar semua hujah2 tu. hati ingin teriak sekuat2 nya.
betapa dia lemah.
betapa dia ingin berkata tidak dengan usulan rakan2nya.
betapa dia sayang perasaan bodohnya.

kali ini, dia memang menyiksa mata, telinga dan otak sekaligus.
sampai lahh..
sang tangan tiba.
dia terkocoh2. nampak letih.

tangan:

"hati, aku minta maaf banyak2.
mata kata kau pentingkan diri.
telinga suruh kau teruskan hidup.
otak pulak nak paksa kau lupakan mamat tu.
semua macam nak salahkan kau, 
aku kesian dekat kau.
kau jadi mangsa keadaan.
aku minta maaf banyak2.
sebab aku PUNCA semua ni jadi.
yaa. salah aku.
aku tau aku bodoh,
aku tak sepatutnya sambut harapan palsu yang mamat tu bagi dulu.
sekarang kau yang merana. 
aku minta maaf."

tangan sudah teresak2.
semua terdiam.
mata menangis lagi.
telinga juga bersedih.
otak tersentak. 
dan hati .
terbuka.

tangan betul2 rasa bersalah.
patutlah.

bila mata menangis, 
tangan yang kesat airmata tu,
bila telinga diganggu kebingitan, 
tangan yang tutup telinga itu, 
bila otak penat berfikir si dia,
tangan yang picitkan kepala.
dan
bila hati pedih mengenang,
tangan jugak lah yang mengusap dada 
minta diberi kesabaran.

patutlah.
patutlah.
sang tangan masih rasa bersalah.

persidangan tamat.

p/s : wooooo..hahaa..jangan hilang senyum. keep smiling ok. :D


2 comments: