Translate

Sunday, 6 January 2013

Ini jiwa aku.


Kalau dulu,
aku disuruh itu,
langkah terus berlagu, 
tanpa ada tanya dungu.

Kalau dulu,
aku bisa bisu,
kerana malas merapu,
dan hormat kata ayatmu.

Kalau dulu, 
aku pijak landasan utuh,
kerana percaya takda yang rapuh,
saat bibirmu kata ini dan itu.

Kalau dulu, 
aku buta disebalik seru,
memang tidak tahu hala tuju,
kerana sistem memandu langkahku.

Tapi sampai bila?
aku harus ditipu,
sampai bila, 
aku akan berbisu,
sampai bila aku mahu kata setuju,
sampai bila,
membentak hati kecilku?

Ini hidup aku, masa depan aku,
kenapa harus ku biar dipandu ikut kehendakmu?

Ini jiwa aku, perasaan aku,
kenapa harus terkorban kenikmatan
dan kurelakan keperitan.

Memang.
Memang kau lebih tau semua bicara guru.
Memang.
Ohh.
Mungkin.
Mungkin kau kira kau lebih hebat.
Kerana usiamu sama angka beratku.
Kerana pengalamanmu sama angka ketinggianku.

Tapi aku hanya ingin kau mengerti,
Aku juga perlu kehidupan.
yang aku bebas tentukan.
Aku perlu kehidupan.
yang aku tahu ada kesesuaian.

Salahkah aku jika aku minat.
sesuatu yang kau tak suka lihat?

Salahkah aku jika aku suka.
sesuatu yang kau tak pernah kasi muka?

Sekali lagi.
Ini jiwa aku.
Perasaan aku.
kenapa harus terkorban kenikmatan
dan kurelakan keperitan.

Aku tak henti berdoa.
Agar suatu hari kau tahu aku meronta.
Dalam jiwa ku hanya ada.
Sesuatu yang kau tak suka.
Dan kau akan mengerti rasa.
Bila kehendakmu aku persenda.

Fahami aku.


nota : jangan biarkan hati kita dipandu oleh hati lain. sebab bila kita sendirian. kita akan tetap tak berteman. hanya sendirian. tidak ada hati lain menanggung penderitaan yang sama kita rasakan. betul kan? 

keep smiling. :D
assalamualaikum. 

Saturday, 5 January 2013

siapa sang tangan?

assalamualaikum
dan salam sejahtera
warga pembaca.
sebelum teruskan.
anda diwajibkan untuk.
SENYUM.
(smile)
:)

terima kasih atas kerjasama semua.
sekarang anda layak untuk meneruskan pembacaan.

ceritanya bermula begini.


Seminggu berlalu.
apa yang sang hati buat adalah hanya bersedih.
memaksa mata menangis.
menandah telinga mendengar.
semua kebingitan.
dan sekaligus menyakitkan kepala otak.
dengan pemikiran2 bercampur baur. 

apa yang berlaku sebenarnya?
sang hati cuba melupakan seseorang tapi dia tidak terdaya.
dan sudah tentu perit dia rasakan.
perit untuk semua.

satu hari,
sang mata, telinga, dan otak berpakat.
untuk menemui sang hati.
dalam bentuk satu persidangan.

persidangan bermula. wajah sang hati kelihatan sugul. 
tidak bermaya. 
tapi dia harus juga menghadiri persidangan tersebut.

hujah sang mata:

"kau hati yang bodoh!
pentingkan diri!
disebabkan kau. semua dapat tempiasnya.
lupakan mamat sialan tu. tak susah pun lah.
aku dah penat nak menangisi dia lagi. 
aku penat paksa kilang aku untuk keluarkan air mata
yang kelihatan bodoh untuk lelaki macam tu.
dan semua ni atas kehendak kau.
tolong lupakan dia!"

hujah sang telinga:

"errmmm..ermmm..
sorrylah kalau aku cakap ni.
buat kau lagi sakit.
aku..aku..
aku bukan apa.
aku just dah bosan asyik nak ikut kehendak kau.
cuping aku, gegendang aku 
dah lali nak dengar cercaan orang ni dan orang tu.
aku muak. aku muak nak tadah cuping aku.
dan..dan..
aku tak larat dah nak hadap lagu2 JK yang si Kina pasang ni.
semua pun mesti sebab kau yang minta kan?
urrrmm..urrmm..
dah laa tuu..
Move on okay?
Sorryyy.."

hujah sang otak:

"babe, i faham perasaan you. 
i pun sama ditempat you.
i pun tak boleh lupakan dia.
tetap je dia ada dalam sambungan neuron-nueron i ni.
i nak buang.
and i tried.
tapi selalu gagal.
ia tetap bersambung.
but i dah fikir masak2.
betul kata telinga. 
u mesti move on. 
i nekad nak buang dia terus dalam benak i ni.
no more his name after this.
but it wont works if u're not with me.
you should agree with me okay. 
together we can do it.
move on. :D"

selepas mendengar semua hujah2 tu. hati ingin teriak sekuat2 nya.
betapa dia lemah.
betapa dia ingin berkata tidak dengan usulan rakan2nya.
betapa dia sayang perasaan bodohnya.

kali ini, dia memang menyiksa mata, telinga dan otak sekaligus.
sampai lahh..
sang tangan tiba.
dia terkocoh2. nampak letih.

tangan:

"hati, aku minta maaf banyak2.
mata kata kau pentingkan diri.
telinga suruh kau teruskan hidup.
otak pulak nak paksa kau lupakan mamat tu.
semua macam nak salahkan kau, 
aku kesian dekat kau.
kau jadi mangsa keadaan.
aku minta maaf banyak2.
sebab aku PUNCA semua ni jadi.
yaa. salah aku.
aku tau aku bodoh,
aku tak sepatutnya sambut harapan palsu yang mamat tu bagi dulu.
sekarang kau yang merana. 
aku minta maaf."

tangan sudah teresak2.
semua terdiam.
mata menangis lagi.
telinga juga bersedih.
otak tersentak. 
dan hati .
terbuka.

tangan betul2 rasa bersalah.
patutlah.

bila mata menangis, 
tangan yang kesat airmata tu,
bila telinga diganggu kebingitan, 
tangan yang tutup telinga itu, 
bila otak penat berfikir si dia,
tangan yang picitkan kepala.
dan
bila hati pedih mengenang,
tangan jugak lah yang mengusap dada 
minta diberi kesabaran.

patutlah.
patutlah.
sang tangan masih rasa bersalah.

persidangan tamat.

p/s : wooooo..hahaa..jangan hilang senyum. keep smiling ok. :D


Friday, 4 January 2013

Suami Baru.

assalamualaikum semua. 

seperti selalu.
(smile)
jangan biarkan hidup anda diselebungi..
kestressan.
kemeroyanan.
kegeraman.
kesakithatian.
kerenyukan.
kepedihan.
dan berbagai2 lagi "ke-an" yang negatif. :D

senyum.
tak perlu kata apa2.
bila senyum pun.
masalah kurang.
walaupun cuma 1%.
:D

bila ada masalah.
apa yang perlu kita buat ialah.
positif.
yess.
be positive.

dan aku rasa sekarang ni,
bila aku dah jumpa "Suami Baru" aku,
aku dah boleh belajar berpositif.

hahaha.
*tolonglah jealous dengan statement aku tu*

dan aku nak memperkenalkan Suami aku tu pada semua.
jangan risau.
aku tak suka rahsiakan benda baik macam ni.

dia adalah...
....
....
....

PUISI

Hati aku dah diculik oleh sebuah buku Puisi.
dan aku nekad untuk mengahwininya.
dengan kata lain.

I am married with Sang Puisi.
I LOVE YOU! 
I found my soul with it.
I found my strenght with it.
and the best part is.
I found myself through it.

hebat kan? 

"bila aku stress.
aku baca dia.
aku fahami.
dan aku postitif.
maka stress beransur pulih.

bila aku bersendiri.
aku belek dia.
aku dalami.
dan aku positif.
maka kesendirian tidak menemani lagi.

bila aku disakiti.
aku cari dia.
aku selami bait-bait ayatnya.
dan aku positif.
maka kesakitan ku tolak tepi.

bila aku celaru.
aku ratah dia.
aku hayati setiap baris ayat manisnya.
dan aku positif.
maka kecelaruan ku hindari hadirnya.

begitu SWEETNYA suami aku tu.
jangan jealous tau.

dan aku tak marah kalau korang nak share ngan aku,
aku boleh kenalkan.
macam aku dikenalkan kepadanya oleh muchuk aku,
Dhania Hafizah.
my only one muchuk.
:D

sejak dari hari pertama Dhania kenalkan aku pada buku tu.
aku terus jatuh cinta kepada semua yang dipanggil Puisi.

Langit Vanilla by Wani Ardy. 


ni lah :D

percaya cakap aku.
This book is super duper awesome.

dan.
aku juga suka puisi seseorang ni.
maksudnya dalam.
aku kenal puisi dia pun melalui muchuk aku.
korang boleh baca dan dengar puisinya
disini.


hahahaa.
dah kenal kan rupa Suami aku.
ok lah tu.
at least aku ada.
:P

*again aku nasihatkan jangan jealous okay. aku rela berkongsi*

:D

assalamualaikum. 


Wednesday, 2 January 2013

pertemuan kali kedua.

assalamualaikum.
(smile)

bosan asyik study. 
bosan jugak asyik twitter and facebook.
so kita blogging lagi.

post ni dedicated to one of my friend yang aku sangat sayang.

nama dia JUJUE. :D

aku ngan jujue kenal masa kitorang masuk PLKN 3 tahun lalu.
mula2 masuk PLKN, aku memang tak tau nak kawan ngan siapa.
bukan sebab aku tak peramah.
bukan sebab aku pemilih kawan,
tapi sebab aku memang lambat sikit nak cari kawan.

satu hari, jujue ni tegur aku.
dia terus cerita pasal dia.
baru dia kenalkan dia siapa and tanya nama aku.
pelik pulak.
dalam hati aku
"dah kenapa orang ni tetiba tegur aku"
cerita pasal tu lah.
cerita pasal ni lah.
tapi lama2.
aku selesa ngan dia. 
sebab dia tak malu nak cerita apa2 pun kat aku.
then kitorang jadi rapat.

jujue si budak sarawak.
kawan pertama aku orang sarawak. dialah.
suka sangat dengar slang melayu sarawak dia.
dia seorang yang tak suka ngan orang yang tak suka ngan dia.
tu yang aku paling salute.
dia jujur ja.
tak suka tak suka lah.
dia takda masa nak jaga hati orang yang tak suka ngan dia.
lantak lah katanya.
maybe dia ada banyak musuh.
tapi aku yakin dia pun ada banyak kawan.
yang baik2.
macam aku.
hahaha
:P

kami kenal tak lama pun. 
aku masuk PLKN sebulan ja. pastu kena balik.
sebab dapat matriks. 
so kitorang terpisah kat situ.
dia bagi aku cincin.
patrick.
dan satu nota suruh jangan lupa dia.
aku masih lagi simpan semua tu.

lama gila tak jumpa dia.
rindu sangat.
dan setelah 2 tahun lebih tak jumpa. 
akhirnya.
27 disember yang lalu.
kitorang jumpa jugak.
time study week tu.
tapi aku tak peduli.
nak jugak jumpa dia.

dan dia dah makin cantik.
seriously.
cantik. :D

walaupun kita jumpa tak lama.
just main bowling and makan.
then balik.
tapi aku rasa kerinduan aku dah terubat.
dengan cerita2 dia.
well dia kan memang suka bercerita.
pasal kenangan lama.
haaahh..
rindunya zaman PLKN.
zaman kegemilangan. :D

sedikit moment2 yang sempat sang kamera tangkap. 



cantik kan dia? 





suka pulak aku buat mulut camtu. hahaa
*time ni jujue dah penat dah rasanya*
*banyak sangat cerita*
hahaa.
:D

pertemuan ni sememangnya buat aku rasa rindu pada semua geng PLKN yang lain.

HOIII..
budak2 PLKN PELANGI HILL RESORT
batch aku!!! 
aku rindu kau semuaaa!!


ni budak2 dorm aku. 
dan aku masih ingat lagi satu2 diorang ni. 
semoga ada kesempatan untuk jumpa satu2. 
:D

tu ja lah aku nak cerita. 
tak best bukan masalah aku.
blog aku.
suka hati aku lah. 
huhu. :P

assalamualaikum. :D







Tuesday, 1 January 2013

HAHAHAA..

tik tok tik tok..
detik demi detik..
saat demi saat..
minit demi minit..
jam demi jam..
hari demi hari..
purnama demi purnama..

JAUH

kau semakin JAUH.

JARAK

semakin panjang JARAK memisahkan.

dan aku semakin sunyi.
semakin kehilangan.
semakin merindu.
semakin tersiksa.

KENAPA HARUS ADA PERUBAHAN??

ada sesiapa boleh jelaskan??

ada sesiapa boleh hadapkan aku dengan jawapan??

kenapa perkataan 4 suku kata itu harus terwujud.
harus ada. harus timbul. harus berlaku. harus menyapa.

kenapa ianya harus menampar dan memporak peranda sang hati tak bersalah.

sekarang

kau..semakin berbeza.
semakin tidak sama.
semakin tidak serupa.
semakin hilang wajah.
semakin BERUBAH.

dan yaa..
aku semakin TERSIKSA.

Filem Hindustan. Mohabbatein. Amitha Batchan.
 ingat watak ini?
seorang yang tidak suka akan perubahan katanya.
orang melihat dia seorang yang.
bodoh.
tapi .
bagi aku..
dia betul.
siapa yang suka akan perubahan?

dalam filem pun ada dinyatakan.
apatah lagi dunia realiti ni.

sekarang aku faham.
kenapa orang tidak suka dengan apa yang dikatakan sebagai perubahan.

kerana..
ternyata..
PERUBAHAN..
MENYAKITKAN.

YA.
MENYAKITKAN.
titik!


p/s : wwooooooo....apa ni Kinaa?? sendiri bingung..hahaaa..korang layankan ja laa yaa. dan ohh yaa. SELAMAT TAHUN BARU. dah 2013 laaa weiiii.... :D

Friday, 10 August 2012

gigi dan senyum

assalamualaikum to all viewers.

apa khabar kamu ??

pejam celik pejam celik dah nak masuk syawal . 
TERBAIIKK..

hohoo..
macamana amalan bulan ramadhan ni..
TERBAIIKK jgak ka??
insyaALLAH kan.

okay laa..
back to the topic.
gigi..
senyum..
apa kaitannya??

isi dan kulit,
aur dan tebing,
pen dan kertas,
buku dan ruas,
gula dan semut,
langit dan bumi,
pipit dan enggang,

haa..apa lagi??
semua tu pun ada maksud dan kaitan yang tersendiri kan.
macam tu jugak laa kes gigi dan senyum ni.
hahaa..

walaupun takda terbuku dalam mana2 kitab ataupun naskah.
tapi ada tertulis dalam blog simple aku ni ..

kenapa aku pilih gigi dan senyum untuk coretan kali ni?
sebab..
ntah laa..
huhu..
korang ingat tak iklan ni.


hehee..kesian atok tu. 
rupanya dia tak nak senyum sebab dia takda gigi.
kalau korang kat tempat atok tu apa korang buat??
nak senyum jugak ka?
tau buat macam dia mula2 tu.
tak nak senyum.
hehee

bagi aku laa kan.
gigi tu aset penting.
kalau kita ada gigi yang cantik,
senyuman kita akan nampak cantik.
betul tak?
tapi macamana kalau gigi tak cantik??
errmmm..
ermmmm..

dulu..
aku selalu rasa..
aku senyum tak cantik..
sebab
aku ada gigi cacat.
kalau nak ambil gambar..
mesti xnak tunjuk gigi..

macam ni.



tapi bila dah makin TUA ni..
eyhh..tua ka??
bila dah makin dewasa ni.
aku rasa sebenarnya ok jugak kalu nak tunjuk gigi yang cacat tu.

macam ni.


so aku rasa laa kan..
aku dapat laa simpulkan.
don't judge the smile by one's tooth.
hahaa..
betul ka ni..
aku lantak ja.
wehehe..

bagi aku..
senyuman yang menawan tu..
tak semestinya dari gigi yang menawan.
atau ubat gigi yang berkesan.
tapi dari keikhlasan.

kalau kita senyum ikhlas,
senyuman tu akan nampak lagi cantik walaupun gigi tak cantik.
tapi kalau kita senyum tak ikhlas,
senyuman tu tak kan nampak cantik walaupun gigi cantik.

amboi panjang nya conclusion ni.

untuk memendekkannya..
senyum laa dengan seikhlasnya..

owhh yaa..
macam atok tadi tu..
walaupun dia takda gigi..
tapi dia nampak comel bila senyum..
ehehe..

lagipun..
senyum tu kan satu sedekah..
so tak nak masam-masam.
senyum selalu ya kawan2..

sekian post ku yang ntah apa2 ni.
hehee

lain kali jumpa lagi dengan topic yang lain pulak.  

:D

assalamualaikum..

Wednesday, 1 August 2012

couple or kahwin

assalamualaikum semua.
selamat petang. eyh malam bha ni.
hehehee
tak boleh tidur sebenarnya.
tu yang rasa macam nak tulis something ni. 
and i know what to write.
lama dah aku terfikir pasal benda ni. 
yess..

COUPLE vs KAHWIN

woowww...
terkejut tak?? 
hahaha

kat sini aku just nak kongsi apa yang aku pernah dengar pasal topik hot ni. 
korang pernah dengar tak pasal satu cerita ni. 
errmm..aku pun tak tau apa tajuk dia. 
aku dengar cerita ni dari kawan aku dekat UPM. nama dia Nana.
ceritanya macam ni..

ada sorang lelaki ni.
dia sekolah dekat sekolah agama.
so memang orang kata beragama laa kan.
dia dah lama minat kat satu orang pompuan ni.
rasanya budak kat sekolah tu jugak.
so kira dua2 laa alim kan.
bila abis sekolah jak, dia nekad nak bagitau perasaan dia kat pompuan tu.
mula-mula tu, pompuan tak berapa nak layan.
sebab..
yalah mana ada pompuan alim yang nak layan lelaki yang suka kat dia kan.
tapi lama-kelamaan dia boleh terima lelaki tu sebab..
lelaki tu kata diorang akan COUPLE dengan cara yang ISLAMIC.
diorang tak pernah pegang tangan.
apatah lagi nak peluk cium semua kan.
diorang selalu solat sama-sama.
baca Al-Quran sama-sama.
diorang ingatkan cara diorang COUPLE tu halal.
then ada sehari tu lelaki tadi terjumpa dengan someone
err..tak ingat orang tu ustaz or kawan dia.
tapi orang tu tanya kat lelaki tadi
"kenapa kamu COUPLE2 ni?? kamu tau kan haram?"
lelaki tu pun jawab
"eyhh. tapi kami islamic couple. so tak haram laa."
then..
kawan dia tu bukak satu cerita.
pasal seorang budak yang suka sangat makan babi.
tapi bila family dia masuk islam. 
dia dah tak boleh makan babi. 
sebab babi kan haram bagi orang islam.
disebabkan budak tu suka sangan makan babi, 
dia nekad nak bela babi tu dengan cara halal.
dia bagi makan yang baik
dia tak bagi makan kotor2
dia mandikan babi yang dia jaga tu tiap2 hari.
so that babi tu bersih laa..
bila dah cukup besar, 
dia pun nak sembelih babi tu dengan cara yang halal jugak.
bila dia dia nak sembelih, ada ustaz datang.
ustaz tu tanya nak buat apa. 
budak tu jelaskan laa pada ustaz tu.
mendengar cerita budak tu.
ustaz tu menggeleng2 kepala.
then dia berkata
"walau apa pun kamu buat nak menghalalkan benda yang haram, benda tu akan tetap haram"
so kembali pada cerita yang tadi. 
si lelaki tu pun terdiam mendengar cerita kawan dia tu.

so jelas kan moral of the story...

ingat kawan.
"benda HARAM akan tetap HARAM"
sama jugak laa macam COUPLE-COUPLE ni.

aku ni banyak cerita.
mesti kamu akan cakap
"elleh macam laa kau tak pernah couple.."

aku tak nafikan.
memang aku pernah couple.
bukan sekali bukan dua kali.
dah banyak kali.
tapi 
bila dah berkali2..
aku sedar.
couple tu tak mendatangkan faedah pun.
and sampai tahap aku rasa nak kawen ja terus.
hehehe


yess..
saya maksudkannya.
:)

and utk mengakhiri post kali ni
kamu tengok video diorang ni buat.
aku jatuh hati dengan idea diorang buat video macam tu.
terbaiikk..


dan yang ni jugak..


okay.
enjoy the video guyss..

okay laa..
cukup celotehan untuk hari ni.
semoga dapat kita renung-renung kan bersama.
and selamat beramal di bulan mulia ni.

assalamualaikum.